Lilypie Maternity tickers

Friday, November 14, 2008

Orang Berbudi Kita Berbahasa (Siri Satu)...

Bagi sape yg terbaca chatbox kt sebelah tu pasti anda tidak paham dengan bahasa2 yg digunakan oleh mambang2 tersebut kan?

Okeys, marilah kita ke rancangan "Mari Belajar Bahasa Mambang Bersama Abg R", rancangan ini ditaja oleh Kurma Yusuf Tahyul....

1. Mengelenjang : Mengikut kate ibu kepada salah seorang ahli mambang2 ini, ianya bermaksud bertindak dengan agresif tanpa sebab.

Contoh situasi : "Ko ni mengelenjang lebih ni apsal Imran?" tanya Afzan apabila melihat Imran dgn tiba2 bangun daripada tempat duduknya tanpa warning.

2. Yannda : Dipercayai berasal daripada perkataan tamil Yennadey yg kerap kali digunakan oleh Kumar (yg juga salah seorang drpd group mambang ini) tetapi telah diubah mengikut keadaan semasa. Ia bermaksud "nak pgi mane".

Contoh situasi : "Wei kumar, yannda dey?" tanya Faisal.

3. Yuuuuu~(hendaklah di kepit sedikit suara tu ketika menyebut) : Digunakan utk menunjukkan betapa terserlahnya kelucahan disatu2 situasi. Ianya dicipta oleh seorang rakan berbangsa Tamil(Suresh namanya) di Kolej mambang2 ni blaja.

Contoh situasi : Sedang kami sibuk belajar dlm kelas yg diajar oleh seorang lecturer yg chomel(lecturer tersebut sedang menulis di white board), tiba2 terdengar bunyi yuuu~ dari blakang dgn nada yg sayup2. Kami pun dgn pantas trus mengelenjang.

4. Bruuup(dgn nada keras) : Bermaksud utk memperlihatkan bertapa machonya seseorang dlm apa jua pekerjaan yg dilakukan. Dipercayai di cipta apabila terlihat betapa gelojohnya seorang manusia itu menjamah makanannya. 

Contoh situasi : Dengan tidak semena2 Ridza tlah mengeluarkn bunyi bruuup ketika menjamah makanannya, sambil di ikuti oleh Faisal yg sedang menikmati ayam goreng beliau. Obviously utk kelihatan macho walaupon ketika makan. Ketika itu juga kedengaran Imran mengeluarkan bunyi yg sama ketika mengangkat kerusi utk join bdk2 berdua ni makan skali.

5. Uns, uns, uns : Di percayai di temui apabila meraka terdengar bunyi muzik disco yg 
dipasang dgn kuat oleh budak2 cina di sekitar kawasan rumah mereka. Bermaksud utk mengajak kawan2 pgi mengelenjang dan merewang.

Contoh situasi : "wei, yannda? jom la uns, uns, uns!(sambil melakukan aksi shuffle burok)"
ajak Burhan kepada rakan2 sekepalanya.

6. Man Dahi : Mewakili seorang pekerja india muslim yg berdahi luas kt kedai mamak berhampiran kolej mereka blajar. Berasal dari Pakistan dan dipercayai mencari rezeki yg halal di bumi Malaya ni. Setelah disoal siasat beliau didapati datang secara halal gak. Hanya dia saje yg paham akan nafsu makan mereka2 ni. Sejak beliau dh balik negeri, mambang2 ni xtahu 
nak menggunakan panggilan ini utk siapa, jadi mereka telah mengambil inisiatif utk menggunakan nama beliau didalam lawak mereka sehari-harian sempena mengingati beliau.

Contoh situasi : "Kau x paham ape yg kitorang nk order ni, panggil Man Dahi!" arah kami kepada pekerja baru restoren tersebut. Setelah berbicara dengan seniornya mapley itu kembali dgn muka yg serius "Dia suda tada, suda balik Pakistan" jawab mapley baru tu dgn selamba tanpa menghiraukn perasaan sensitif kami. "Aiseymen!" jawab kami dgn nada kesal. "Skarang kau lah Man Dahi baru kami" lebel kami kepada beliau.

7. Nasi goreng ayam azing : Digunakan ketika mengorder nasi goreng mamak di tempat mereka slalu lepak kt Klang nu.. Arahan itu bertujuan utk memberitahu mamak tu utk mengasingkn ayam goreng dgn nasinya. Jika tidak berbuat demikian, mamak itu akan menyorokkan ayam tersebut dibawah timbunan nasi goreng yg hampir melimpah keatas meja. Ia hanya boleh difahami oleh pekerja2 pakistan kt kedai tu sahaja.

Contoh situasi : "Man, nasi goreng ayam satu!" order Faisal kepada Man Dahi. "Siap! 
(walopon bru je order, ajaib btol la mamak ni)"...selepas beberapa ketika, nasi goreng pun sampai. "Aik, mane ayamnye Man?" tanya Faisal dgn nada marah. "Dalam juga dudok" tegas Man. "ohoooo...menyorok!" jawab Faisal tenang. "Lain kali, itu ayam kasi asing" tambah Faisal. "Azzing???" soal Man tidak paham. "itu ayam tarok lain pinggan!" sampok Afzan. "ohoooooo, aziiinnggg!" jawab Man tanda paham. Sejak dari itu, nasi goreng ayam azing menjadi menu paling popular kt kedai mamak tersebut.

8. Satu Kali Pow : Dipercayai utk menilai betapa cantiknya seseorang wanita yg mereka2 ni nampak sepanjang menjalani hari2 mereka. Jika perempuan itu tersangatlah cantik sampai xbleh beat pompan2 yg mula2 mereka nmpak, selalunya mereka akan tambah satu lagi pow selepas pow yg pertama.

Contoh situasi : "Bro, tgk minah tu, satu kali pow!" bicara Kucai kepada Kumar. "Cube tgk yg tu plak, satu kali pow, pow!!" tegas Kumar. Dihadapan mereka terdengar bunyi bruup yg dihasilkan oleh Afzan dan Imran ketika menikmati nasi goreng mamak ayam azing mereka.

9. Yang : Berasal daripada perkataan sayang. Hanya digunakan ketika beraya di rumah bakal mak mertua sahaja. Mula digunapakai selepas pegi beraya di rumah kawan2 pompan mereka pada Hari Raya Aidilfitri yg lepas. Jika Bruup digunakan utk kelihatan macho, Yang plak digunakan utk memperlihatkn bertapa cutenye kawan anda dimata mak mertuanya.

Contoh situasi : "Yang, makanlah mee goreng tu, penat bakal kakak ipar ko buat!" kata Ridza kepada Burhan sambil diperhatikan dgn begitu manja skali oleh bakal mak mertua Burhan. "Kalau sedap, makan lebih sikit!" sampuk bakal kakak ipar beliau dari dapur.

Sekian lah saja penerangan tentang perkataan2 mambang oleh Abg R, kita berjumpa di lain kali jika berkesempatan. Kepada kawan2, jika ade ayat2 yg aku x masukkan kt sini silalah beritahu aku, aku masukkan dalam siri kedua nanti. Kepada korang2 yg teringin nk gunakan perkataan2 yg tertera diatas, silalah, jgn malu2!

Bruuup!! (Macho x gua?...mcm hareem).

Thursday, September 4, 2008

Cobaan 1,2,3

klik gmbr utk lihat dlm saiz sebenar ( bapak beso! )
Test blending color....artwerk ni aku post dlm Pergh.com.
komen, silakan...

Friday, August 15, 2008

Itu iMAC!, Itu iiiiiMAC! (sebut ala-ala Estranged, Itu Kamu!)

Yaaaaa.....apa yg anda nampak itu adalah iMAC! Yg sedihnye plak, aku xbrape mahir mengguneknnyer, sesape yg bleh ajar sila mengajar aku yer, jgn segan silu.
Setakat ni boleh la sket2 aku guna, tpi masih x biasa dengan buttonnyer especially mase guna photoshop & Illustrator, terkial-kial la gak, ahaks!
Kepada kawan2 lain jgn jelez tau....hiuhiuhiu!!

Wednesday, August 6, 2008

Ponyo On The Cliff By The Sea....

Hayao Miyazaki sensei memang director animasi yg aku paling minat. Ponyo On The Cliff By The Sea (Ponyo) ni adalah cite animasi terbaru daripada beliau, aku memang menunggu2 banget citer ni, boleh la mengubat rindu aku dengan hasil tangan orang tua ni... nausicaa.net kata cite ni kluar pada 19 Julai 2008 kt Jepon, mungkin beberapa minggu lepas tu kluar kt U.S plak, dan mungkin beberapa bulan pastu bru nampak kt Mesia.....cis!





Gua tak sabaaaaaar!!

Wednesday, July 30, 2008

ini lah hapdet yg terbest skali dlm dunia!

bapak lama aku x menghapdet blog ni, asik2 aku menyebok kt blog org lain je.
Sebab2 aku lama x menghupdat blog ni adalah artwork2 yg kurang utk di post akibat bnyk keje...

Kalo tgk blog orang lain, diorang cite pasal life la, pasal politik la (walaupon mereka bkn tau sgt pasal politik), pasal hobby la, dan mcm2 lagi, tp blog aku as you can see, KOSONG....kerana aku xpandai nk bercerita, berceloteh dan sebagainya....so aku ingat aku nk post artwork je la (tp bkn dlm masa terdekat ni tau, eheh!).

Insyaallah kalo aku rajin, korang nampak la artwork aku dlm ni.....chow!

Monday, April 28, 2008

Senaman Ringan !!




Akibat daripada rajin berforum, maka terhasil lah artwork nih. Aku panggil dia senaman ringan bukan aper, sebab aku dah lama tak usik software2 grafik nih (dalam setahun gak la), dan sekarang aku nak mencairkan balik otak aku yg dah beku nih!!

Hiap..hiss...hiap!!




Friday, April 25, 2008

Rajin nyer aku berforum!

Semenjak beberape bulan ni aku rajin plak berforum, oleh kerana kerja yang berlambak x hingat, aku amik inisiatif ini untuk realease tensyen. Antara forum2 yg aku rajin dok sembang2 adalah pergh.com dan comicfiesta.com. banyak gak memember kat sana yg bleh bg aku feed back yg baek untuk memantapkan aku nyer skill dlam art n design !

Pada pandangan aku, mende camni bagus gak coz mereka2 ni memang satu kapal dengan aku, orang melayu cakap hanya jauhari mengenal manikam !! Feed back dari diorang memang boleh buat ilmu !!

So, marilah reramai join forum yg aku intro nih, moga bertambah lah ilmu kita semua....amin

Tuesday, March 25, 2008

Misi Penting !!



PIKOM PC FAIR 2008 (kat atas tu 2006, hihihihi) akan diadakan pada 18 hingga 20 hb. Mac kt PISA Penang...

Misi aku, nak cri Laptop, mobile Hard disk, pen drive, awek.........dan mcm2 lagi!!

Jom ramai2 kasi kecoh event nih...awek, dialu-alukan!!

Thursday, March 20, 2008

Monday, March 17, 2008