Lilypie Maternity tickers

Saturday, December 12, 2009

Sudah Lama Aku Menunggu, Baru Kini Aku Mendapat...


TV LCD Samsung 5 Series 530 40" (Full HD)

Playstation 3 250 GB

Sekian lama menunggu, bru skarang aku dapat berjinak2 dgn PS3 (Terima Kasih kepada member aku yang nama glamernye Pizan kerana telah meng-awalkan dan menjadikan impian aku menjadi realiti, Jasamu dikenang). Benda ni akan menjadi kegilaan terbaru aku selepas kegilaan aku terhadap DSLR beberape bulan yang lepas, maka akan kopak la poket aku nak membeli gamenye pulak, al-maklumlah, kene beli yang original sahaja....

Antara game yang dah ade

Semestinya game "Pakcik Snake" kite, Metal Gear Solid 4 : Guns Of The Patriot & Grand Theft Auto IV. MGS4 adalah game "musti-main" bagi aku sebab aku dah follow game ni sejak dari PS1 lagi, GTA4 aku tak minat (ntah kenape la si Pizan suke sangat game ni? hehehe..).

Diantara game-game yang ada dalam senarai game "musti-main" aku
  1. Final Fantasy XIII
  2. Prince Of Persia
  3. God Of War III
  4. Naruto Ultimate Ninja Storm
  5. Pro Evolution Soccer 2010
  6. Street Fighter IV
  7. Gran Turismo 5 Prologue
  8. Tekken 6
  9. Far Cry 2
  10. Silent Hill : Home Coming
dan bnyk lagi la (kalo aku teruskan boleh smpi besok pagi woo...), tp yang kat atas tu yang paling aku tak sabar nk main sbb dah follow lama dah game-game tu, hehehe...

Kalo game-game baru lagi la banyak aku nak try, antaranya:
  1. Asassins Creed Series
  2. Uncharted Series
  3. Batman Arkham Asylum
  4. Little Big Planet
  5. Dead Space (banyak dah ni..)
  6. Prototype (dah, dah jangan teruskan..)
  7. Bioshock (BERHENTI !, BERHENTIIII !!)
....sigh!

Dan yang paling aku tak sabar...

GUITAR HERO SERIES!! (aku nak try Guitar Hero Metallica dulu, hehehe...)

Kepada kawan-kawan, doakan la kejayaan aku untuk berjaya mencuba game-game tersebut, dan doakan juga kesejahteraan keatas poket aku nanti ye, hehehehe...

Kepada memember yang nak try, nak fight PES ke ape ke, moh le datang rumah aku, pintu rumah aku sentiasa terbuka buat korang, nguehehehe...

Akhir kate, rabak poket, rabak mata, bukan alasan lambat pegi opis, CHOW!!