Lilypie Maternity tickers

Saturday, December 12, 2009

Sudah Lama Aku Menunggu, Baru Kini Aku Mendapat...


TV LCD Samsung 5 Series 530 40" (Full HD)

Playstation 3 250 GB

Sekian lama menunggu, bru skarang aku dapat berjinak2 dgn PS3 (Terima Kasih kepada member aku yang nama glamernye Pizan kerana telah meng-awalkan dan menjadikan impian aku menjadi realiti, Jasamu dikenang). Benda ni akan menjadi kegilaan terbaru aku selepas kegilaan aku terhadap DSLR beberape bulan yang lepas, maka akan kopak la poket aku nak membeli gamenye pulak, al-maklumlah, kene beli yang original sahaja....

Antara game yang dah ade

Semestinya game "Pakcik Snake" kite, Metal Gear Solid 4 : Guns Of The Patriot & Grand Theft Auto IV. MGS4 adalah game "musti-main" bagi aku sebab aku dah follow game ni sejak dari PS1 lagi, GTA4 aku tak minat (ntah kenape la si Pizan suke sangat game ni? hehehe..).

Diantara game-game yang ada dalam senarai game "musti-main" aku
  1. Final Fantasy XIII
  2. Prince Of Persia
  3. God Of War III
  4. Naruto Ultimate Ninja Storm
  5. Pro Evolution Soccer 2010
  6. Street Fighter IV
  7. Gran Turismo 5 Prologue
  8. Tekken 6
  9. Far Cry 2
  10. Silent Hill : Home Coming
dan bnyk lagi la (kalo aku teruskan boleh smpi besok pagi woo...), tp yang kat atas tu yang paling aku tak sabar nk main sbb dah follow lama dah game-game tu, hehehe...

Kalo game-game baru lagi la banyak aku nak try, antaranya:
  1. Asassins Creed Series
  2. Uncharted Series
  3. Batman Arkham Asylum
  4. Little Big Planet
  5. Dead Space (banyak dah ni..)
  6. Prototype (dah, dah jangan teruskan..)
  7. Bioshock (BERHENTI !, BERHENTIIII !!)
....sigh!

Dan yang paling aku tak sabar...

GUITAR HERO SERIES!! (aku nak try Guitar Hero Metallica dulu, hehehe...)

Kepada kawan-kawan, doakan la kejayaan aku untuk berjaya mencuba game-game tersebut, dan doakan juga kesejahteraan keatas poket aku nanti ye, hehehehe...

Kepada memember yang nak try, nak fight PES ke ape ke, moh le datang rumah aku, pintu rumah aku sentiasa terbuka buat korang, nguehehehe...

Akhir kate, rabak poket, rabak mata, bukan alasan lambat pegi opis, CHOW!!

Thursday, October 8, 2009

Professor Layton And The Diabolical Box




Woooh, akhirnya setelah lama menunggu, game ni kluar gak! Siri kedua selepas Professor Layton And The Curious Village ni pasti lebih hebat dgn puzzle2 yg mencabar.

Ape yg aku suka pasal game ni sejak siri yg pertama lgi:
  1. Character design yg simple tp menarik.
  2. Animasi yg cool.
  3. Muzik yg sedap didengar (ala2 muzik zaman European), dan
  4. Puzzle yg mencabar (kadang2 klakar pon ade, pening kpale pon ade, sampai mencarut-carut gak la aku main).
Tp sayang, flash card NDS (R4DS) aku xleh support game ni, JIS, JIS, JIS!!

Utk review game ni, sila klik sini >> http://ds.ign.com/articles/101/1017161p1.html

p/s: Terpaksalah aku membeli flash card CycloDS sebagai jalan penyelesaian (kt mne la nk cri menatang tu)

Thursday, August 6, 2009

Demam Kamen Rider Decade ku makin menjadi-jadi...

Ntah kenape aku follow Kamen Rider (KR) Decade/DCD ni mase mula2 dulu, dah la KR ni warna PINK (Aku kerap memujuk diri aku bahawa warna tu warna purple, tp gagal..), designnye xbrape best, hero dia xganas (mcm gay), mcm2 lgi la mende yg dh brubah drpd KR yg aku mula2 kenal mse kecik2 dlu tu...

Tp, hikmah drpd pem-follow-an(??) aku tu ialah, aku dpt lihat ini;


EPIK siot! (Bg aku yg membesar pada tahun 80-an la)

Lepas ni ade movie dia plak, lagi best sbb ade ramai KR akan join lawan skali!!

p/s: Maka dgn itu, aku akan trus mem-follow KR ni...

Tuesday, July 28, 2009

Tuesday, July 14, 2009

Hasil daripada hobi baru itu...



Ni adalah hasil amatur, bnyk gile nk kene blajo ni, catch-up! catch-up!!

Friday, June 19, 2009

Hobi baru....

Harga? rahsiaaaaa, hehehehehe.....

kalo datang Penang, cri auntie ni kt Easy Cam, nama dia Cindy, kt bwh Komtar je, harga barang baik punyee...

Monday, June 8, 2009

Kerja lagi...


Td member aku tegur, "asik retro je bob, try la design lain plak", katenye, "suka hati aku la, aku tgh feel ni, nk explore lgi ni", aku menjawab...

Slama ni gomen asik guna design biasa2 je, aku akan porak-perandakan design2 "old school" tu, KASI TUKAR DEY!

Saturday, June 6, 2009

Monday, January 19, 2009

Artwek bru.









Jooooom, tgk GENG Pengembaraan Bermula!

Jom kite ramai2 pgi serbu panggung tgk citer ni, kita sapot beramai2...

Mengikut sumber dri forum yg aku slalu join, masa screening itu hari, kebanyakan wartawan bagi standing ovation(betul ke eje ni?) kt filem animasi ni......

Tahniah kpd Studio Les Copaque kerana menyajikn filem animasi hebat ini!

Lagi skali, JOM SERBU!!!

p/s: Sbgi tanda sokongan, aku letak widget diorang kt sini. Korang bleh ambik kt sini http://www.lescopaque.com/onlinekits/index.html

Friday, January 16, 2009

Naruto punya hal.....

Kegilaan baca manga Naruto aku dgn kwn aku(Afzan nama dia) semakin menjadi2, punya la gila b*** menunggu arini bru kluar, skali Jepon cuti daaa... Crita dia dh jadi semakin menarik, pandai pulak si mangaka(pelukis komik) tu bikin cerita smpi aku dgn kwn2 bleh melekat, tersekat membacanya. Bleh jdi gile gak kalo terlepas....masak2!

Antara manga lain aku dok baca(saje je nk share ngan korang) :
  1. Bakuman
  2. Eyeshield 21
  3. Bleach
  4. Detective Conan
  5. Penyiasat Remaja Kindaichi
  6. Q Detective School
mcm2 lgi sebenornye, aku pasti korang lagi gile bnyk bace dri aku....layan je!