Lilypie Maternity tickers

Friday, January 21, 2011

Cerita Pasal Hari Ini

Hari Ini

Hari Jadi Mak Aku - Selamat Hari Jadi Mak, semoga panjang umur, murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, hati yang tenang, hidup yang bahagia, diterima amal ibadat & segala-gala yang baik dari Allah S.W.T. Andai suatu hari nanti saya akan kecewakan mak, saya mintak maaf banyak-banyak ye? Ampunkan dosa saya dari hujung rambut sampai hujung kaki :)

p/s: Sebenarnye aku tak berani nak hantar mesej ni terus kepada dia, so aku tulis kt sini je la, heh...

*****

Hari Pertama Aku Keje Gomen - Ya btol! Ini pon atas desakan mak aku jugak ni, suruh isi borang online SPA tu, Dengan sekali isi sahaja terus dapat, Alhamdulillah~ Thanks again mak~

*****

Hari Member Baik Aku Meninggal - Hari ni genap setahun Khusairi meninggal, semoga dia dilindungi Allah. Aku masih ingat gelak tawa dia yang nyaring tu & dengkuran dia yang mcm F1 tu, kalau cerite tentang benda ni kat kawan-kawan yang lain, tentu mereka terkenang-kenang juga, Al-Fatihah~

*****

COMPLETE! Hidup aku hari ni cukup dengan suka & duka, kan?

Wednesday, January 19, 2011

Blogging!

Soalan

Gile ko, satu entry je sepanjang 2010?!
Sadis btol, cube ko tengok blog orang lain tu,
penuh je blog diorang tiap-tiap bulan dengan entry-entry yang menarik,
hidup ko tak menarik ke untuk di share dan
di-blog-kan aa?

Jawapan
.
.
.
.
.
.
M.A.L.A.S.!

Tuesday, March 9, 2010

Dua Kosong Satu Kosong


Tahun ni bermula agak sedih bagi aku...

Sahabat, member baik aku meninggal dlm usia yang muda, meninggal dalam tidur, meninggal sebelum mencuba banyak benda yang dia kata kat aku dan kawan-kawan yang lain dia nak cuba. Ntah kenapa, aku rasa aku tidak menjadi seorang rakan yang baik untuk dia....

Al-fatihah untuk ko sahabat, moga roh ko dicucuri rahmat....

Aku terjumpa secara tidak sengaja member baik aku sejak kecik (jumpa dalam Facebook, dasat gak menatang ni), member yang sama-sama melukis dengan aku kat skolah dulu, member yang aku hilang sejak aku pindah ke kampung. Macam biasa, saling bertukar nombor telefon, rancang itu dan ini, bla, bla, bla....

Dia dah jadi seorang yang berjaya, owner of WARNA Art Group, doing what he like, spreading art, benda yang memang dia nak buat sejak kecik dulu, aku harap aku tak lost contact dengan dia ni lagi, dan aku harap dia tak selalu hilang henfon dia tu....

******

Melukis, lama aku tinggal tabiat aku ni, sampai aku sendiri pelik, kenapa aku boleh tinggalkan bakat yang aku banggakan sejak kecik dulu, bakat yang membuatkan aku dapat kerja aku skarang ni, bakat yang bukan senang nak diperolehi orang lain...

Tahun ni aku mesti rajin (harap-harap ini bukan angan-angan kosong), aku mesti melukis banyak-banyak, sampai orang kata "ko ni takde keje lain ke?"....



(Cover diatas adalah rekaan dan imaginasi saya semata-mata, tiada kena mengena dengan Komik-M dan yang sewaktu dengannya)

******

Duit, aku dah boring jadi orang yang takde duit, mana aku nak cekau duit ni aaa? ....sigh!

Masa untuk menggembleng tenaga untuk mendapatkan duit. Harap-harap tahun ni akan murah la rezeki aku. Harap-harap tahun ni tak buas seperti tahun-tahun yang lalu....

******

Berat gak hidup aku ni, boleh ke aku nak mencari duit yang banyak, rajin melukis, sekali gus tidak mengabaikan family dan member-member?

Redah je la...

Saturday, December 12, 2009

Sudah Lama Aku Menunggu, Baru Kini Aku Mendapat...


TV LCD Samsung 5 Series 530 40" (Full HD)

Playstation 3 250 GB

Sekian lama menunggu, bru skarang aku dapat berjinak2 dgn PS3 (Terima Kasih kepada member aku yang nama glamernye Pizan kerana telah meng-awalkan dan menjadikan impian aku menjadi realiti, Jasamu dikenang). Benda ni akan menjadi kegilaan terbaru aku selepas kegilaan aku terhadap DSLR beberape bulan yang lepas, maka akan kopak la poket aku nak membeli gamenye pulak, al-maklumlah, kene beli yang original sahaja....

Antara game yang dah ade

Semestinya game "Pakcik Snake" kite, Metal Gear Solid 4 : Guns Of The Patriot & Grand Theft Auto IV. MGS4 adalah game "musti-main" bagi aku sebab aku dah follow game ni sejak dari PS1 lagi, GTA4 aku tak minat (ntah kenape la si Pizan suke sangat game ni? hehehe..).

Diantara game-game yang ada dalam senarai game "musti-main" aku
  1. Final Fantasy XIII
  2. Prince Of Persia
  3. God Of War III
  4. Naruto Ultimate Ninja Storm
  5. Pro Evolution Soccer 2010
  6. Street Fighter IV
  7. Gran Turismo 5 Prologue
  8. Tekken 6
  9. Far Cry 2
  10. Silent Hill : Home Coming
dan bnyk lagi la (kalo aku teruskan boleh smpi besok pagi woo...), tp yang kat atas tu yang paling aku tak sabar nk main sbb dah follow lama dah game-game tu, hehehe...

Kalo game-game baru lagi la banyak aku nak try, antaranya:
  1. Asassins Creed Series
  2. Uncharted Series
  3. Batman Arkham Asylum
  4. Little Big Planet
  5. Dead Space (banyak dah ni..)
  6. Prototype (dah, dah jangan teruskan..)
  7. Bioshock (BERHENTI !, BERHENTIIII !!)
....sigh!

Dan yang paling aku tak sabar...

GUITAR HERO SERIES!! (aku nak try Guitar Hero Metallica dulu, hehehe...)

Kepada kawan-kawan, doakan la kejayaan aku untuk berjaya mencuba game-game tersebut, dan doakan juga kesejahteraan keatas poket aku nanti ye, hehehehe...

Kepada memember yang nak try, nak fight PES ke ape ke, moh le datang rumah aku, pintu rumah aku sentiasa terbuka buat korang, nguehehehe...

Akhir kate, rabak poket, rabak mata, bukan alasan lambat pegi opis, CHOW!!

Thursday, October 8, 2009

Professor Layton And The Diabolical Box




Woooh, akhirnya setelah lama menunggu, game ni kluar gak! Siri kedua selepas Professor Layton And The Curious Village ni pasti lebih hebat dgn puzzle2 yg mencabar.

Ape yg aku suka pasal game ni sejak siri yg pertama lgi:
  1. Character design yg simple tp menarik.
  2. Animasi yg cool.
  3. Muzik yg sedap didengar (ala2 muzik zaman European), dan
  4. Puzzle yg mencabar (kadang2 klakar pon ade, pening kpale pon ade, sampai mencarut-carut gak la aku main).
Tp sayang, flash card NDS (R4DS) aku xleh support game ni, JIS, JIS, JIS!!

Utk review game ni, sila klik sini >> http://ds.ign.com/articles/101/1017161p1.html

p/s: Terpaksalah aku membeli flash card CycloDS sebagai jalan penyelesaian (kt mne la nk cri menatang tu)